Friday, June 28, 2013

Sebuah Perkahwinan

Assalamualaikum :)

Perkahwinan ? Macam macam presepsi pada sebuah perkahwinan. Ada yang langsung endah tak endah. Ada yang nak kahwin muda. Ada yang nak kahwin after kewangan stabil. Apapun, ianya adalah tuntutan agama. Bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata.


"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(Riwayat Al-Bukhari)

Jadi nya, doalah untuk jodoh kita kan. Lambat ke awal ke, itu sudah ditulis olehNya. Mulut manusia memang tak boleh nak tutup. 

Kahwin awal, dikatanya gatal. 
Kahwin lambat dikatanya tak laku. 
Kahwin dengan duda dikatanya bla bla bla. 
Kahwin janda dikatanya bla bla bla.

Tak bercakap lagi bab hantaran kenduri bagai tu. Nak yang grand grand je. Bila buat sederhana atau kecil kecilan dikatanya takde class. Class apa yang ko mahu ? Bagi aku tak perlu kot nak buat pinjaman just nak buat majlis kahwin tiptop. Buat keluar duit simpanan la. Macam macam. Nak cakap nye, perkahwinan aku adalah "Wedding of The Year" gitu. Nak suruh orang cakap "Wow, besar nye majlis dia, cantik nya majlis dia, grand nye masjlis dia". 
Lain la dah memang kaya raya. Duit takkan habes. Boleh la buat besar-besar kan. Yang datang pun orang besar-besar. So, ikot korang la. Aku tak tergolong dalam group ni. Jadi aku malas cakap pape la :)

If korang nak jelas, boleh download gambar ni, then zoooomm okay :)
Kira-kira keluaran duit untuk SEBUAH perkahwinan
1. Rukun = RM430
2. Rukun + Sunnah = RM920
3. Semasa = RM5820
4. Adat = RM$$$$$$

Mana yang korang prefer ? Semasa okay bagi yang dah bekerja kot bagi aku la. Rukun untuk nikah gantung and rukun + sunnah untuk kahwin time blajar kot. Andaian aku la. HOHO. Bagi aku bagus kahwin awal if dah ada calon kan. Tapi tu la, mak bapak satu hal. Tak faham jiwa remaja. Lagi susah jika mak bapak yang tak de ilmu. Biasa la kan, nak nak kat kampong and yang malas nak mencari ilmu kenapa anak depa nak kahwin awal. Apa boleh buat, doa je lah. Ada jodoh ada lah kan. Doa adalah senjata orang mukmin :)

Cinta sampai syurga :)
Kenapa Baginda sangat menggalakkan golongan remaja yang mampu supaya berkahwin ?
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkhawinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi aku tak salah mak bapak nak support sikit anak depa, if anak depa tak cukup duit nak khawin. Bukan nya habes pun duit tu, tak masuk kubur pun duit tu. Tuntutan agama lagitu. Halal kan hubungan mereka, daripada gangguan syaitan tu. "Alah, jangan la jumpe, jangan la contact" Setakat mana nye dapat bertahan?

Grhhhh, banyak pulak aku merapu, ni gara-gara sepupu aku nak kahwin. Tempias sikit kat aku #Eh, tetiba :)

Amfun maaf jika ada terkasar. Salam and terima kasih. XOXO

No comments: